To read this article in English, click here.
05 September 2018
Halal Restaurant
09 St 130
Phnom Penh 12000
KEMBOJA (CAMBODIA)
05 September 2018
Halal Restaurant
09 St 130
Phnom Penh 12000
KEMBOJA (CAMBODIA)
Pada 05 September 2018, saya telah mengambara pendek selama kurang sehari ke Phnom Pehn, Kemboja yang saya catat di dalam blog KembaraGD. Jadi sudah tentu akan makan di situ,jadi saya sempat singgah ke restoran ini semasa saya di sana. Sebenarnya terdapat banyak tempat makanan halal di sana, malah di antaranya terdapat juga yang menghidangkan hidangan Malaysia, Ini termasuk restoran ini, menghidangkan makanan Malaysia di samping juga makanan Kemboja juga.
Restoran ini terletak di kawasan yang strategik, iaitu terletak di kawasan Riverside (atau juga dikenali sebagai Sisowath Quay), juga Jalan St 130 ini boleh terus sampai ke Pasar Pusat Phnom Pehn ( juga dikenali sebagai Central Market atau Psar Thmey) dalam tidak sampai 1 kilometer. Juga boleh sampai ke Istana DiRaja, Muzium Nasional Kemboja, Wat Phnom dan Tugu Kemerdekaan Kemboja dalam radius 1.5 kilometer.
Restoran ini terletak di kawasan yang strategik, iaitu terletak di kawasan Riverside (atau juga dikenali sebagai Sisowath Quay), juga Jalan St 130 ini boleh terus sampai ke Pasar Pusat Phnom Pehn ( juga dikenali sebagai Central Market atau Psar Thmey) dalam tidak sampai 1 kilometer. Juga boleh sampai ke Istana DiRaja, Muzium Nasional Kemboja, Wat Phnom dan Tugu Kemerdekaan Kemboja dalam radius 1.5 kilometer.
Halal Restaurant, Phnom Penh.
Peta: Halal Restaurant, Phnom Pehn, Kemboja.
Setelah sampai, saya pun masuk dan duduk di meja paling hadapan di dalam kedai (bukan meja di luar kedai). Jadi salah seorang pekerja kedai ini menyapa saya dalam Bahasa Inggeris (agaknya pasal perasan cara pemakaian saya kot yang bukan macam orang tempatan) dan memberikan menu. Masakan yang ada di dalam ini kebanyakannya ala-ala masakan Malaysia, siap ada teh tarik dan Ali Cafe lagi! Tapi itu bukan saya mahu, saya hendak rasa masakan tempatan yang halal. Harga makanan di situ agak mahal sikit, contohnya Nasi Goreng Melayu (?) berharga 10 000 riel (+- RM10.00).
Saya memesan set Amok Daging (siap dengan nasi) yang berharga 9500 riel (+- RM9.50) dan minum air teh jasmine (melur) berharga 3000 riel (+- RM3.00), setelah melihat orang (orang tempatan) sebelah minum air tersebut. Air teh jasmine ini seperti air Teh Botol, tolak gula sahaja. Sambil menunggu pesanan, terdapat soket elektrik yang boleh masuk plug jenis A dan C. Saya memang membawa plug penyuai sejagat, jadi dapatlah mengecaj telefon dan juga power bank saya yang semakin menyusut simpanan tenaga di dalam baterinya.
Menu Halal Restaurant.
Makanan sampai dalam sepuluh minit selepas dipesan. Ia dihidangkan panas-panas. Air teh jasmine pula diberikan sebuah teko kecil (cukup tiga kali tuang air) tetapi panas. Nasib baik diberikan air. Terik pula kalau panas-panas tengahari ini saya minum air panas huhuhu. Menarik sungguh. Jadi saya pun menyuap nasi berkuahkan kuah Amok Daging ke dalam mulut saya. Emmm, sedap juga, alhamdulillah. Rasa dan rupa amok ini lebih kurang masak lemak cuma tidak pedas. Kalau hendak pedas atau masam, terdapat cili padi dan potongan limau nipis diberikan bersama. Atau nak tambah perisa yang lain, terdapat bekas berisi cuka, air cili masam, sos ikan (nampla) dan perisa ajinomoto disediakan di setiap meja.
Set Amok Daging & seteko teh jasmine.
Amok Daging.
Amok ini selain daging, terdapat umbut kelapa di dalamnya. Itu yang sedap, kerana saya ini sudah lama tidak merasa umbut kelapa, kegemaran saya pula itu. Memang sedaplah makan. Sebelum ini, saya pernah merasa amok ikan semasa berada di Siem Reap empat tahun kebelakangan tapi tidak sesedap ini. Agak berbaloi juga walaupun agak mahal. Sambil-sambil saya, di dinding di tepi meja saya, terdapat makluman bahawa terdapat cawangan kedua restoran ini dibuka di bandaraya Phnom Pehn ini.
Iklan Halal Restaurant cawangan kedua.
Makanan yang telah habis.
Di restoran ini sebenarnya terdapat WiFi percuma juga, tapi kerana saya melanggan pakej data tanpa had Seatel, saya tidak menggunakan WiFi tersebut. Juga terdapat tandas yang bersih. Memang agak lengkap juga kemudahan di dalam restoran ini. Dalam masa setengah jam, selesai juga saya menikmati juadah makan tengahari saya pada tengahari itu. Alhamdulilah, mengenyangkan dan melegakan. Saya pun membayar makanan tadi kepada pemilik kedai, sempat juga berbual. Dia boleh berbahasa Melayu walaupun agak kurang lancar. Rupanya beliau pernah berkerja di Malaysia. Saya pun memuji makanannya
Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)):
1. Makanan: ääää;
2. Persekitaran: äää3/4;
3. Perkhidmatan: äää1/2;
4. Harga: ää3/4;
5. Keseluruhan: äää1/2.
To read this article in English, click here