To read this article in English, click here.
Keseluruhannya makanan di sini ok cuma jika bagi pilihan saya lebih suka ke Kuala Selangor atau Kuala Langat. Harga pun mahal sikit. Tapi kalau malas ke sana dan ada duit sini, boleh dipertimbangkan untuk ke sini.
To read this article in English, click here.
11 Ogos 2014 (Isnin)
Restoran Hokkaido
No 68, Jalan Lumut
Kompleks Damai
Kuala Lumpur
Niat saya untuk makan di sini sudah lama. Tapi pada hari ini saya merupakan hari terakhir puasa 6 Syawal juga, dan juga esoknya merupakan tarikh hari lahir isteri kesayangan saya. Maka saya nak juga makan besar sempena peristiwa tersebut.
Maka pada jam 6:00 petang, saya, isteri dan anak-anak bergerak dengan kereta ke sini. Almaklumlah gerak waktu petang di bandaraya Kuala Lumpur, jalan pasti sesak. Memang pun dan sampai ke destinasi dekat jam 7:05 petang. Nasib baik ada parking depan Hotel Vistana di bawah jambatan LRT. Untuk pengetahuan, restoran ini betul-betul berhadapan dengan Hotel Vistana Titiwangsa KL dekat dengan Stesen Bas Pekeliling dan LRT/Monorel Titiwangsa.
Restoran ini memang menghidangkan makanan laut dan jika ayam dan daging, ia diambil dari bekalan yang halal. Tiada babi disediakan. Namun kenapa restoran ini tidak dapat sijil halal, kerana ia menyediakan minuman berakohol (bir) untuk pelanggan. Itu sahaja. Tukang masak pun merupakan orang Melayu Islam.
Antara paparan makanan laut segar.
Ambil kau, ada ikan "Jaws" aka ikan yu seekor.
Antara senarai harga. Mahal sikit dari harga Kuala Selangor dan Teluk Panglima Garang.
Suasana restoran ini agak santai dan tenang. Walaupun letak di tengah-tengah bandaraya tapi dengan dekorasi dan susun atur yang menarik. Rasa tenang sahaja. Ruangan terbuka (open air)nya telah dilitupi dengan bumbung lut cahaya dan dihiasi dengan daun-daun, umpama makan di dalam hutan hijau.
Saya pesan makanan dalam pukul 7:10 malam. Masa azan pukul 7:20 malam tu makanan tak sampai lagi kecuali Udang Goreng Mentega. Ada la kacang tanah goreng buat pembuka puasa disamping teh cina. Air tin 100Plus tu anak saya bedal dulu.
Akhirnya pada jam 7:25 malam, sampai la hidangan lain. Disamping tu dapat rasa udang yang lama memanggil-manggil untuk dimakan (saya tunggu dulu agar dapat makan sekali dengan makanan lain.
Gambar semua makanan tu saya ambil setelah semua makanan sampai.
Udang Goreng Mentega ini bagi saya agak kecil dengan hanya 6 ekor sederhana. Asalnya mahu minta Udang Goreng Nestum tapi tiada. Bagi udang ini saya bagi äää je. Tapi bumbunya memang sedap dan manis. Bumbunya ääää.
Ketam Nipah Masak Manis Masam di sini bagi saya boleh lah. Dengan 2 ekor, tak habis juga. Bawak balik rumah (pasal nak kejar solat Maghrib di Balai Islam Pekeliling, takut luput waktu solat). Saya bagi äää je.
Untuk sayur, saya minta Asparagus Gireng Bawang Putih. Sedap juga asparagus ni ye. Kenapa bila saya masak macam tak sedap huhuhu. Saya bagi äää3/4.
Macam biasa, Tauhu Jepun Sizzling. Yang ni kira penyelamat. Saya bagi ääää.
Macam biasa juga air rasmi bila makan di restoran Cina saya minta Teh Cina. Memang kegemaran saya, sesuai di minum dengan makanan Cina, tidak potong rasa, menyihatkan dan paling penting boleh tambah tanpa sebarang caj.
Restoran ini tiada Man Tao (Roti Goreng) tapi ada Roti Kukus. Ia adalah seperti pau tapi tiada inti. Kena pesan biji, maka saya pesan 4 biji. Tapi tak cukup.
Keseluruhannya makanan di sini ok cuma jika bagi pilihan saya lebih suka ke Kuala Selangor atau Kuala Langat. Harga pun mahal sikit. Tapi kalau malas ke sana dan ada duit sini, boleh dipertimbangkan untuk ke sini.
Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)):
1. Makanan: äää1/2;
2. Persekitaran: ääää;
3. Perkhidmatan: äää1/2;
4. Harga: ää1/2;
5. Keseluruhan: äää3/4.
To read this article in English, click here.
No comments:
Post a Comment