To read this article in English, click here.
Pandangan hadapan Restoran Ratha Raub.
Jadi teringat sahabat saya, Raja Razlan Shah, yang kampung isterinya di Kuala Krai, Kelantan, pernah membuat posting di Facebook, terdapat satu restoran kari kepala ikan yang sedap di bandar Raub. Jadi sampai di bandar Raub, saya pun mencari restoran ini.
Peta kedudukan Restoran Ratha Raub.
Tidak susah rupanya mencari restoran ini, restorannya betul-betul di di hujung bangunan-bangunan lama zaman British di tengah-tengah bandar Raub. Jika dari Kuala Lumpur/Bentong, ia adalah kedai pertama akan dijumpai, ketika membelok ke kiri semasa memasuki bandar Raub. Jika dari Kota Bharu/Kuala Lipis, maka jalan terus sehingga hujung bangunan lama tersebut. Kami pun memakirkan kereta kami lot parkir di seberang jalan.
Jadi dengan khusyuk kami makan, termasuk anak perempuan saya, tapi kena hisap dulu isi ikannya. Anak lelaki saya tiada selera pula untuk makan, jadi kami bungkus nasi dan ayam goreng berempah untuk dia. Akhirnya selepas lebih 40 minit kami menikmati hidangan, kami pun selesai, dan gambar di atas adalah buktinya.
03 Oktober 2015 (Sabtu)
Restoran Ratha
82, Jalan Tun Razak
27500 Raub, PAHANG
Saya dan keluarga di dalam perjalanan pulang dari Narathiwat, Thailand untuk menziarahi saudara di sana. Setelah makan tengahari pada pukul 11:00 pagi waktu Thailand (12:00 tengahari waktu Malaysia), maka ketika Benta, Kuala Lipis, Pahang pada pukul 6:00 petang, perut saya memanggil-manggil untuk diisi. Jadi saya bertanya kepada isteri saya, "di mana kita mahu makan malam?". Dia membalas, "terpulang".
Pandangan hadapan Restoran Ratha Raub.
Jadi teringat sahabat saya, Raja Razlan Shah, yang kampung isterinya di Kuala Krai, Kelantan, pernah membuat posting di Facebook, terdapat satu restoran kari kepala ikan yang sedap di bandar Raub. Jadi sampai di bandar Raub, saya pun mencari restoran ini.
Peta kedudukan Restoran Ratha Raub.
Tidak susah rupanya mencari restoran ini, restorannya betul-betul di di hujung bangunan-bangunan lama zaman British di tengah-tengah bandar Raub. Jika dari Kuala Lumpur/Bentong, ia adalah kedai pertama akan dijumpai, ketika membelok ke kiri semasa memasuki bandar Raub. Jika dari Kota Bharu/Kuala Lipis, maka jalan terus sehingga hujung bangunan lama tersebut. Kami pun memakirkan kereta kami lot parkir di seberang jalan.
Dalaman Restoran Ratha Raub.
Restorannya biasa-biasa sahaja seperti restoran makanan mamak yang lain. Jadi kami duduk di meja yang ada. Ketika kami di restoran itu, terdapat beberapa orang di sana walaupun ketika itu bukan waktu puncak (waktu senja).
Kaunter makanan dan senarai menu di Restoran Ratha Raub.
Terdapat banyak juga artikel surat khabar dan majalah mengenai restoran ini digantung di dinding restoran ini. Terdapat juga orang-orang kenamaan antaranya Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, pemimpin-pemimpin negara dan negeri serta artis-artis yang terpampang di dinding. Malah terdapat juga tanda daripada rancangan makanan terkenal di televisyen seperti "Best In The World" daripada 8TV tergantung. Memang popular restoran ini.
Antara pencapaian Restoran Ratha Raub.
Rupanya restoran ini juga terdapat banyak cawangan selain restoran utamanya di Raub. Antara cawangannya terdapat di Genting Highlands, Pahang dan juga terdapat di Lembah Klang juga iaitu di Damansara Utama (Uptown), Petaling Jaya, Selangor.
Lagi pencapaian Restoran Ratha Raub.
Menu yang ada di restoran ini memang banyak yang istimewa, namun saya memesan hidangan istimewa utamanya iaitu kari kepala ikan selain sayur kobis. Kari kepala ikan boleh dipilih dari kecil (untuk dua orang makan katanya, tapi kalau bukan kaki makan, mahu empat orang juga) yang berharga RM45 untuk makan di situ atau RM48 untuk bawa pulang. Terdapat juga saiz sederhana (RM55/RM58) dan besar (RM65/68). Ikan juga boleh dipilih, saya memilih ikan kerapu kerana ikan merah sudah habis (untuk ikan merah, harga berlainan, bayar lebih sikit).
Kari Kepala Ikan, sayur dan nasi Restoran Ratha Raub.
Tidak lama juga menunggu, kurang dari lima minit, sampailah makanan yang kami pesan. Menariknya, kari kepala ikan dihidang dengan lilin yang mengekalkan kepanasannya. Di dalam karinya terdapat juga terung, kobis dan kacang bendi, jadi di lain masa, kami tidak perlu memesan sayur lagi. Terdapat juga tahu span (taufu fook) di dalam kari tersebut.
Rasa kari tersebut, memang terbaik! Bagi saya, ia adalah kari kepala ikan terbaik di luar Kuala Lumpur (saya belum pernah makan kari kepala ikan di India kerana tidak pernah jumpa di sana). Sampai tambah nasi dua pinggan lagi, kerana karinya memang banyak dan pekat pula itu. Hidanganya pun panas, sampai beberapa kali kami tidak boleh ambil isi ikan. TERBAIK.
Tinggalan dari makanan.
Jadi dengan khusyuk kami makan, termasuk anak perempuan saya, tapi kena hisap dulu isi ikannya. Anak lelaki saya tiada selera pula untuk makan, jadi kami bungkus nasi dan ayam goreng berempah untuk dia. Akhirnya selepas lebih 40 minit kami menikmati hidangan, kami pun selesai, dan gambar di atas adalah buktinya.
Bagi saya, ia agak berbaloi dengan harganya berbanding dengan sebuah restoran kari kepala ikan di kawasan Kampung Pandan yang agak mahal, dan karinya "kureng" sikit.
Memang saya mengesyorkan kari kepala ikan di restoran ini, dan insya Allah kami tidak akan lalu sahaja di bandar Raub ini, rupanya Raub ada banyak tarikan makanan sedap-sedap.
Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)):
1. Makanan: ääää1/4;
2. Persekitaran: äää3/4;
3. Perkhidmatan: äää3/4;
4. Harga: äää3/4;
5. Keseluruhan: äää9/10.
To read this article in English, click here.
maaf encik. tp apa yg saya tahu restoran ratha ni bukan kedai mamak, tetapi india. entahkan halal entahkan tidak.
ReplyDeleteSaya tahu, beginilah, jika was-was x perlu makan di sini. Saya sudah periksa dan restoran ini mendapat pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (juga JAKIM). Malah terdapat sebuah surau di restoran ini.
DeleteJika was-was, saya mohon jangan makan, juga di hotel2 kerana di hotel2 memang sah tukang masaknya banyak bukan Islam.
👍👍👍👍👍
Delete