To read this article in English, click here.
24 September 2015 (Khamis)
Jaiton Laksa Pantai
Pantai Bagan Nakhoda Omar
Jalan Satu Pantai BNO
42500 Sabak Bernam
SELANGOR
Saya sudah lama tidak ke pantai Bagan Nakhoda Omar atau lebih popular dikenali sebagai BNO. Rasa dekat 4 tahun lebih juga. Jadi pada Hari Raya Aidiladha 1436H lepas, saya dan isteri pulang ke kampung isteri saya bagi beraya dan mengambil anak-anak kami yang ditinggalkan di sana sempena cuti sekolah.
Untuk ke sana, perlu mengambil Jalan Persekutuan 5, Jalan Klang - Teluk Intan. Jika dari selatan iaitu dari Kuala Lumpur atau Klang, akan melalui pekan Tanjung Karang, Sekinchan dan Sungai Besar. Teruskan sehingga berjumpa dengan simpang lampu isyarat ke Sungai Air Tawar, kira-kira 5 kilometer dari pekan Sungai Besar, kemudian belok ke kiri.
Jika dari utara pula iaitu dari Teluk Intan, pastikan melepasi pekan Sabak Bernam dan teruskan ke simpang lampu isyarat ke Sungai Air Tawar, kira-kira dan belok ke kanan.
Teruskan perjalanan sehingga 10 kilometer, dan kita akan nampak papan tanda ke Pantai BNO yang akan membelok ke kiri betul-betul sebelum jambatan. Terdapat sebuah pintu gerbang ke Kampung Nelayan Bagan Nakhoda Omar di simpang jalan ke Pantai BNO ini. Jalan ini ditandai sebagai Jalan Satu Pantai BNO.
Sepanjang perjalanan ke pantai, akan melihat deretan rumah-rumah nelayan yang berketurunan Cina. Terdapat rumah daripada kayu, juga terdapat juga daripada batu. Malah terdapat juga yang memarkir kereta mewah di depan rumah mereka.
Tiba di lapangan parkir kereta, kami terus ke medan selera. Sebelum itu dapat dilihat masih ada lagi bangunan yang menjadi jeti ke pelantar kelong besar yang tidak jauh dari Pantai BNO ini. Pelantar itu memang menjadi tempat kegemaran kaki pancing untuk memancing.
Agak ramai juga yang datang berekreasi di pantai ini. Sekarang banyak kereta meletakan kereta mereka di kawasan baru berbanding kawasan lama, iaitu kawasan yang kami letakan kereta kami.
Terdapat sebuah gerai yang menjual khusus layang-layang, di pantai ini memang popular bagi aktiviti bermain layang-layang. Terdapat pelbagai jenis dan rekabentuk yang ada.
Oleh kerana perut kami sudah kedengaran kekeroncongannya, makan kami terus ke destinasi kami. Kini terdapat dua kedai yang menjual mee udang berbanding hanya satu ketika kali terakhir saya ke sini. Untuk membezakan kedai-kedai ini adalah dengan penggunaan kerusi. Terdapat kerusi merah dan kuning. Kami memilih kerusi merah, iaitu gerai Jaiton (Zaiton) Laksa Pantai.
Jika berminat untuk duduk di ruang lebih terbuka, terdapat juga meja-meja makan yang terletak di luar medan selera, yang lebih dekat dengan pantai.
Tanpa membuang masa, saya memesan sepinggan laksa udang untuk saya dan sepinggan mee udang untuk isteri saya. Minuman kami sekadar air kosong kerana agak terik panas mentari pada petang ini.
Khidmat yang terbaik, semua pesanan kami diterima dengan agak cepat, dan hidangannya agak panas juga. Bagus. Pada masa sama, isteri saya memesan kerang bakar. Kerangnya pun agak besar. Agak sedap juga kerang bakar dicecah dengan sambal belacan bawang putih. Memang puas hati.
Setiap hidangan berudang akan mendapat udang yang sederhana besar kira-kira tujuh ke sepuluh ekor. Agak banyak, malah saya sempat bergurau, bertanya adakah ini mee/laksa udang atau udang mee/laksa? Huhuhu. Oleh kerana saya tertarik dengan mee udang yang dimakan oleh isteri saya, maka saya minta mee udang untuk saya pula. Di dalam mee udang ini juga terdapat sebiji telur porch (telur di masak di dalam kuah).
Selepas dua puluh minit, inilah yang terjadi kepada hidangan-hidangan kami. Memang terbaiklah mee udang di sini. Untuk mengetahuan, mee udang di sini berbeza dengan versi Pulau Pinang. Mee udang di sini adalah lebih dekat kepada mee bandung Muar dengan kuahnya yang pekat dan manis.
Seterusnya pembayaran dibuat. Memamg berpatutan malah bagi saya ia agak murah. Kedai ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 10 pagi ke 7 petang. Malah jika Isnin jatih pada hari cuti am, ia akan dibuka.
Kami pun segera ke rumah ibu mertua saya setelah usai makan. Insya Allah akan ke mari lagi. Masih lagi teringang-ngiang rasa hidangan di situ.

Jalan ini agak lurus sehingga bertemu dengan selekoh ke kanan, bermakna akan sampai tidak berapa jauh lagi. Selepas selekoh ini, akan terdapat simpang jalan ke kiri. Kita boleh ambil jalan ke kiri atau terus, di mana ke kiri adalah lebih kepada jalan ke pantai rekreasi, manakala terus akan ke belakang medan selera Pantai BNO. Saya mengambil jalan terus.
Tiba di lapangan parkir kereta, kami terus ke medan selera. Sebelum itu dapat dilihat masih ada lagi bangunan yang menjadi jeti ke pelantar kelong besar yang tidak jauh dari Pantai BNO ini. Pelantar itu memang menjadi tempat kegemaran kaki pancing untuk memancing.
Agak ramai juga yang datang berekreasi di pantai ini. Sekarang banyak kereta meletakan kereta mereka di kawasan baru berbanding kawasan lama, iaitu kawasan yang kami letakan kereta kami.
Terdapat sebuah gerai yang menjual khusus layang-layang, di pantai ini memang popular bagi aktiviti bermain layang-layang. Terdapat pelbagai jenis dan rekabentuk yang ada.
Oleh kerana perut kami sudah kedengaran kekeroncongannya, makan kami terus ke destinasi kami. Kini terdapat dua kedai yang menjual mee udang berbanding hanya satu ketika kali terakhir saya ke sini. Untuk membezakan kedai-kedai ini adalah dengan penggunaan kerusi. Terdapat kerusi merah dan kuning. Kami memilih kerusi merah, iaitu gerai Jaiton (Zaiton) Laksa Pantai.
Jika berminat untuk duduk di ruang lebih terbuka, terdapat juga meja-meja makan yang terletak di luar medan selera, yang lebih dekat dengan pantai.
Tanpa membuang masa, saya memesan sepinggan laksa udang untuk saya dan sepinggan mee udang untuk isteri saya. Minuman kami sekadar air kosong kerana agak terik panas mentari pada petang ini.
Khidmat yang terbaik, semua pesanan kami diterima dengan agak cepat, dan hidangannya agak panas juga. Bagus. Pada masa sama, isteri saya memesan kerang bakar. Kerangnya pun agak besar. Agak sedap juga kerang bakar dicecah dengan sambal belacan bawang putih. Memang puas hati.
Setiap hidangan berudang akan mendapat udang yang sederhana besar kira-kira tujuh ke sepuluh ekor. Agak banyak, malah saya sempat bergurau, bertanya adakah ini mee/laksa udang atau udang mee/laksa? Huhuhu. Oleh kerana saya tertarik dengan mee udang yang dimakan oleh isteri saya, maka saya minta mee udang untuk saya pula. Di dalam mee udang ini juga terdapat sebiji telur porch (telur di masak di dalam kuah).
Selepas dua puluh minit, inilah yang terjadi kepada hidangan-hidangan kami. Memang terbaiklah mee udang di sini. Untuk mengetahuan, mee udang di sini berbeza dengan versi Pulau Pinang. Mee udang di sini adalah lebih dekat kepada mee bandung Muar dengan kuahnya yang pekat dan manis.
Seterusnya pembayaran dibuat. Memamg berpatutan malah bagi saya ia agak murah. Kedai ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 10 pagi ke 7 petang. Malah jika Isnin jatih pada hari cuti am, ia akan dibuka.
Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)):
1. Makanan: ääää1/8;
2. Persekitaran: äää1/2;
3. Perkhidmatan: äää3/4;
4. Harga: äää3/4;
5. Keseluruhan: äää8/10.
To read this article in English, click here.
No comments:
Post a Comment