Showing posts with label Mei 2014. Show all posts
Showing posts with label Mei 2014. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

28 Mei 2014 - Warung Sinarnor, Jalan Dua, Sungai Besi, KL - Soto Ayam Pencen.

To read this article in English, click here.


28 Mei 2014 (Rabu)

Warung Sinarnor
Jalan Dua, Sungai Besi
Kuala Lumpur 


Pada pagi hari ini, saya terasa nak makan makanan lama yang saya sudah lama tidak makan. Jadi saya menunggang skuter saya menuju ke Jalan Sungai Besi dari arah bulatan Sungai Besi. Seterusnya saya menunggang sehingga bertemu dengan kompleks Southgate di sebelah kiri saya dan saya membelok ke kiri memasuki Jalan Dua.





Meneruskan perjalanan kira-kira 300 meter dan berjumpa dengan sebuah warung di sebelah kiri. Warung ini bernama Warong Sinarnor. Sebenarnya warung ini menjual pelbagai jenis sarapan seperti nasi lemak dan lontong. Namun untuk nukilan saya kali ini, saya memilih soto.


Insya Allah pada masa akan datang akan saya berikan paparan untuk nasi lemak dan lontongnya yang juga agak sedap. Insya Allah.




Apa yang menarik soto di sini adalah sotonya menggunakan ayam pencen sebagai perencah utama. Selain ayam pencen carik yang menjadi bumbunya yang utama,kita juga boleh meminta bahagian-bahagian ayam pencen lain seperti pedal, hati, telur ayam pencen dan kaki ayam pencen. Bahagian-bahagian ini sememangnya lain  dari bahagian ayam biasa dan sememangnya lebih sedap.


Ditambah pula dengan bergedel, perkhh memang sentiasa teringat bila tidak merasa makanan ini. Supnya pula, memang kena dengan segalanya. Boleh pilih untuk makan dengan nasi himpit, mee kuning, bihun atau kuay teow.


Dengan minuman yang dijual khas di kaunter soto, air barli, akan melegakan. Sudu demi sudu dimasukan ke dalam mulut. Terasa dunia ini saya yang punya, alhamdulillah.

Lihat, sampai licin saya makan. Jumlah keseluruhan sarapan saya kali ini adalah RM7.50 di mana air barli RM1.50 dan soto bersama bergedel dan campuran pedal, telur dan kaki ayam pencen RM6.00.

Sebenarnya harga soto tanpa bergedel dan bahagian-bahagian ayam pencen iaitu soto biasa adalah RM3.00 sahaja. Berbaloikan. Datanglah ke Warong Sinarnor untuk menikmati soto ini.




Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah penuh adalah lima (äääää)): 
1. Makanan: ääää; 
2. Persekitaran: ää1/2;
3. Perkhidmatan: ää;
4. Harga: äää 1/4;
5. Keseluruhan: äää3/4 .

To read this article in English, click here.

Wednesday, June 4, 2014

25 Mei 2014 - Restoran Al Tasneem, North Bidge Road, Singapura (Hadapan Masjid Sultan) - Tulang Merah.

To read this article in English, click here



25 Mei 2014 (Ahad)

Restoran Al Taneem
709 North Bridge Road
SINGAPURA 198681

Pada jam 1515H (3:15 petang waktu Singapura),saya sampa di pelabuhan feri HarbourFront, Singapura setelah usai kembara saya di Batam. Saya rehat sebentar di pusat membeli belah HarbourFront Centre untuk memeikirkan apa perlu dilakukan keana pintu pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura untuk penerbangan saya dengan TigerAir TR468, hanya akan dibuka pada 2105 (9:05 malam). Masih ada lebih 5 jam lagi.


Maka saya teringat yang saya belum berkesempatan untuk merasai Tulang Merah pada kunjungan saya di Singapura pada 08 Mac 2014 lepas. Jesteru itu, saua terus mengambil keputusan untuk ke Kampung Glam untuk menunaikan hajat itu. Oleh itum saya perlu mengambil MRT di Stesen MRT HarbourFront untuk ke Stesen MRT Bugis iaitu stesen MRT terdekat dengan Kampung Glam. Saya perlu transit dari laluat Baratdaya (Northeast) yang berwarna ungu ke laluan Timur Barat (East West) yang berwarna hijau di Stesen MRT Outram Park.

Saya tiba Stesen MRT Bugis dan mengambil pintu keluar B untuk ke Raffles Hospital di Victoria Street. Selepas melewati pusat membeli belah Golden Landmark, saya belok ke kanan di Arab Street untuk ke North Bridge Road pula dan apabila sampai di persimpangan lampu isyarat Arab Street dan North Bridge Road saya belok ke kiri. Di sini, kita akan jumpa restoran Zam-zam dahulu, kemudian restoran Victory dan di hujung barisan kedai ini saya sampai ke destinasi iaitu Restoran Al-Tasneem.



Restoran ini sebenarnya berhadapan dengan mihrab Masjid Sultan, Kampung Glam, Singapura dan berdekatan dengan pintu 8 dan 1 Masjid Sultan ini. Sampai di sana, lebih kurang jam 1625 (4:25 petang) maka saya terus menanyakan, tulang merah ada dijual. Towkey restauran berkata ya, alhamdulillah, maka saya memesan Tulang Merah kecil 1 pinggan, teh ais 1 gelas dan ais kosong 1 gelas.



Lebih kurang 2 minit, minuman saya pun sampai, dan serentak dengan itu, azan Asar pun berkumandang. Ingatkan saya mahu juga berjemaah, namun baru saya teringat yang saya belum bersolat Zohor, lagipun saya telah berniat untuk menunaikan solat jamak ta'khir ketika di atas feri dari Batam Centre ke HarbourFront tadi.



Akhirnya pada jam 1635 (4:35 petang), hidangan yang dinanti-nantikan sudah tiba... TULANG MERAH... Merahnya menyala... Tapi jangan terpedaya... Ia tidak pedas...

Tulang Merah ini merupakan tulang kambing yang dimasak rempah khas. Ia merupakan masakan istimewa di Singapura dan hanya didapati di restoran-restoran mamak (India Muslim) tertentu di Singapura khususnya di kawasan Kampung Glam/Arab Street atau Little India/Kandang Kerbau. Ada yang mengatakan medan selera di kawasan pusat membeli belah Golden Mile (tidak jauh dengan Kampung Glam, berdekatan dengan Stesen MRT Nicoll Highway pun antara yang terbaik, mungkin pada masa akan datang akan saya rasai, insya Allah. Di Johor Bahru juga ada terutama di kawasan Sentral/Meldrum tapi tidak dapat menandingi di Singapura.



Dalam hidangan saya iaitu Tulang Merah kecil, terdapat lima ketul tulang tulang keting kambing yang masih mempunyai sum-sum, urat tunjang dan sedikit daging padanya. Kuahnya amat istimewa. Ia didatangkan dengan roti untuk dicicah kuahnya. Saya tidak sangka kuahnya amat banyak. Terkejut juga saya, semasa menerima hidangan ini, boleh kah saya menghabiskannya. Nak tak nak, perlu juga dihabiskan kerana saya menaiki kapal terbang nanti, lainlah jika saya menaiki bas atau berkenderaan sendiri.


Keenakannya perrrkhhh, tidak ingat dunia... Lalu saya berselfie seperti di bawah...


MAKANNNNN TOOOLAAAAANNGGG!!! HAAUUMMMM!!!


Akhirnya setelah lebih kurang 45 minit, barulah saya selesai memakan makanan ini. Alhamdulillah. Sungguh nikmat. Insya Allah akan saya datang lagi ke sini.

Sebanyak SG$11.20 (+-RM29.12) telah dimangsakan pada kunjungan kali ini, alhamdulillah... Walaupun pada nilai RM ia agak mahal, namun ia berbaloi... Insya Allah akan berkunjung ke sini atau ke restoran lain untuk menikmatinya lagi atau sup tulang kambing... Nyum nyummm...

Selepas itu saya ke Masjid Sultan untuk menunaikan kewajipan saya yang belum tertunai.



Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah penuh adalah lima (äääää)): 
1. Makanan: ääää; 
2. Persekitaran: ää1/2;
3. Perkhidmatan: ää1/2;
4. Harga: ää 1/4;
5. Keseluruhan: äää.


To read this article in English, click here.

Tuesday, May 20, 2014

19 Mei 2014 - Mee Goreng Tanglin, Jalan Cenderasari, KL - Mee Kari & Mee Kicap Cara Cina.

To read this article in English, click here.



19 Mei 2014 (Isnin)

Pada pagi ini, saya menaiki kereta untuk ke tempat kerja memandu kereta comel isteri saya bersama isteri dan anak perempuan saya. Kebiasaannya saya akan menunggang motorsikal kapcai saya ke tempat kerja, namun oleh kerana hari ini saya akan bertugas ke luar pejabat makan saya tidak perlu mengetik kad perakam waktu saya. Lagipun saya perlu mengambil kenderaan pejabat, jadi isteri saya perlu menghantar saya agar saya tidak meninggalkan motorsikal saya di pejabat.


Sebelum sampai ke pejabat, saya dan isteri belum bersarapan lagi. Maka saya cadangkan untuk bersarapan di hadapan  Klinik Kesihatan (kerajaan) Tanglin di Jalan Cenderasari. Sudah lama tidak bersarapan di sini sebenarnya.


Lalu dipandu kereta ke bulatan Tugu berhampiran Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur, Ibupejabat KTMB dan Masjid Negera, mengambil Jalan Sultan Hishamudin yang ke Dataran Merdeka, namun menyusur di simpang susur betul-betul selepas Masjid Negara menuju ke Jalan Cenderasari iaitu pejabat lama Kementerian Kesihatan Malaysia.


Selain itu, mercu tanda yang ada di Jalan Cenderasari ini adalah Sekolah Menengah Perempuan Methodist Kuala Lumpur (MGS).


Selepas MGS, ambil susur ke kanan untuk ke tempat letak kereta Tanglin, yang juga menempatkan Medan Selera Tanglin ini.


Di seberang jalan bersetentang tempat letak kereta ini, terdapat Klinik Kesihatan Tanglin, yang dahulunya merupakan sebuah hospital di Kuala Lumpur pada zaman pemerintahan British dan kemudiannya menjadi klinik kesihatan khas untuk penjawat awam. Sekarang ini, ia menjadi klinik kesihatan umum.



Kebetulan, tempat duduk di hadapan gerai yang kami ingin  pesan tiada orang (kedai nombor 4), maka kami terus duduk di situ. Segera kami memesan Mee Kari Istimewa & Mee Kicap Istimewa (atau dikenali sebagai Wan Tan Hor). Istimewa ini kerana ia diisi dengan tambahan isi kerang, udang dan wantan. Jika biasa, hanya mempunyai isi kerang sahaja.



Rasa kedua-dua hidangan ini adalah terbaik kerana ia lebih kepada cara Cina dengan Mee Karinya tidak rasa kari tapi lebih kepada rasa sambal ikan bilis. Ini saya suka. Sebenarnya di kedai ini, jika anda mahu rasa masakan cara Cina seperti char kuey teow, nasi goreng cara Cina, mee Kungfu dan sebagainya ada di gerai ini.

Harga pun boleh tahan, dengan hidangan biasa berharga RM4.50, besar RM5.50 dan istimewa RM7.00. Tapi kerana walaupun harganya agak mahal, namun ia amat berbaloi dengan rasanya. Cuba lah.


Di medan selera ini juga, terdapat beberapa gerai yang popular makanannya. Contohnya: 

Gerai nombor 6, Nasi Lemak Tanglin;


Gerai nombor 1, tiada papan tanda, istimewa gerai ini adalah minuman seperti kopitiam seperti  kopi putih, cham (kopi dan teh campur) dan makanan seperti roti bakar dan kukus serta telur separuh masak;


Dan, gerai nombor 5, iaitu ikan bakar Tanglin (pagi jual makanan pagi, bukan keistimewaan gerai ini)

Insya Allah akan saya paparkan pada artikel saya akan datang.

Jika anda memang minat makanan ala Cina, silakan datang dan rasai makanan di sini (gerai nombor 4), insya Allah pasti memuaskan hati anda.


Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah penuh adalah lima (äääää)): 
1. Makanan: ääää; 
2. Persekitaran: äää;
3. Perkhidmatan: äää;
4. Harga: äää 1/4;
5. Keseluruhan: äää 1/2.

To read this article in English, click here.

Sunday, May 18, 2014

17th May 2014 - Kang Guan Restaurant, Teluk Panglima Garang (Carey Island) - Seafood Chinese Style.

Untuk membaca artikel ini dalam Bahasa Melayu, klik di sini.



17th May 2014 (Saturday)

Today, my wife and I felt there was a long time that we have not eaten ketam nipah (mud crab). But when I thought back, it was not. We just ate it while our journey vacation at Kota Kinabalu at the end of March 2014. But, actually, we want to eat at our usual place for Chinese style seafood at Teluk Panglima Garang, Banting or easy to say (Pulau) Carey Island, because this restaurant situated just before a bridge to Carey Island.


Our last time we went here was just before our haj pilgrimage journey to Makkah at middle of September 2013. As below is Kang Guan Restaurant in Google Maps. So we went there with our childrens.


See Kang Guan Restaurant  in bigger map. 




There are a lot of way to get here from KL. If before, we used Federal Highway through Klang city, but as we know, the traffic quite congested. Other way which can be used is Shah Alam Expressway E5 (KESAS), but the toll rate is very expensive, which every toll plaza need to pay RM2.20. There are 3 plazas so overall RM6.60 for single journey and return will be RM13.20!!! Plus, we need also to use federal trunk road trough Sijangkang and Teluk Panglima Garang town and some settlement like Kampung Johan Setia, in addition with several traffic lighted junctions.


Alhamdulillah, after South Klang Valley Expressway E26 (SKVE) been opened almost two years ago, the journey to Carey Island easier and shorter. With toll rate just RM3.70 one way (RM7.40 for return) from Ayer Hitam Toll Plaza (near Putrajaya, Sri Kembangan and Puchong) to Teluk Panglima Garang Toll Plaza, plus Sungai Besi Highway E9 (Besraya) which is RM1.30 per journey (RM2.60 return) at MINES Toll Plaza, cheaper journey than before.



In additional, it is nearer, when exiting SKVE highway at Teluk Panglima Garang, it already a short distance to the destination. Just take right turn at traffic lighted junction after toll plaza, which is just follow Pulau Carey road marking. Do not turn left, because the road (federal trunk road 5) heading to Jenjarom, Banting, Sepang, Port Dickson and so on.



After next two kilometres, a sign board showed a roundabout ahead and Carey Island exit is on 9 o'clock direction or on left exit. If straight to the right (3 o'clock direction) will head to Teluk Panglima Garang and Klang, also can go to Shah Alam Expressway E5.  Do not worry, just before the roundabout, a road marker to Carey Island is very clear. So take left turn at the roundabout.



After left turn, keep on the road until two more kilometres and will reach a crossroad junction. As been showed at sign board, Carey Island is on right turn. Be careful after take right turn, do not so fast press your gas peddle, because the destination is just arrive.


About 300 metres, you can find a bridge. This bridge is Carey Island bridge over Langat River. A slip road to Kang Guan Restaurant is situated just before the bridge. On the right of the road, there also a Chinese seafood restaurant, but I more regular with Kang Guan Restaurant.


Hah, we have already arrived. Car parking are plenty and easy here. Even, when a lot of customers in the restauranr, there still parking, do not worry. As we arrived here, there were many people already.

Business hours for this restaurant as below:

Monday to Friday
12:00 noon until 14:30 (2:30 PM)
18:00 (6:00 PM) until 22:00 (10:00 PM)

Saturday
12:00 noon until 15:00 (3:00 PM)
18:00 (6:00 PMuntil 22:00 (10:00 PM)

Sunday
12:00 noon until 15:00 (3:00 PM)
17:45 (5:45 PMuntil 22:00 (10:00 PM).

If possible, please make a reservation first, because in many time, no more table available. Telephone number is as above. As my experience, at lunch time, favorable menus like mud crabs and others finished , which new stocks will arrive at 16:00 (4:00 PM) every day. That whay, I always come for dinner. 


Therefore, night is cooler, if in afternoon there will hotter if we occupy at natural air area. I prefer natural air area because we can see scenic of Carey Island, Langat River and Carey Island itself. In the sunset time, there will very peacefull and nice view here. At this restaurant, air conditioned room also available.


If we so luckey, if we get table at riverside, we can see some fish keep swim and eat. But at this time, all riverside tables were already occupied. But we still can viewed it but not while we eating. Langat river were on tide, because Carey Island area are situated at Langat River and Klang River, just very near the sea.


For this time, we ordered sweet and sour mud crab, fried self made buns, fried sea prawns with Nestum and claypot japanese bean curd. As usual at Chinese restaurant, we ordered chinese tea. In this restaurant, no need to order the meals base on how many people, the waiter/waitress will can estimate for you. But for crab, there need to order at least a kilogram.

As usual, a plate of nuts will serve to you as we wait for our meals arrive. My 2 years daughter conqured most of these nuts. She very like with nuts, as most of cashew nuts which i brought at Hat Yai when my jouney to Ranong, Thailand dan Kawthoung, Myanmar two weeks before, she finished it, huhuhu...

Our tea with iced Milo (chocolate) for my son arrived. The tea will come with a big bowl of ice. The tea was free flowed, if the water finished, it can be added with hot water, so do the ice.


After half an hour, eventhough there were a lot of customers, our food were arrived. I asked two plates of white rice for my son and I. Very delicious. Very recommended to order fried sea prawn with nestum because it taste sweet and buttery. Even tastier than butter fried prawn. I always order fried sea prawn with nestum because prawn is my son favourite.


Claypot japanese bean curd also nice, but just remembered, I supposed asked for sizzling bean curd, it just like ladna bean curd (Thai dish), as our usual order menu. But this meal is ok, with a lot of vegetables.


Crab will eaten at last. This time, we got three crabs, but in medium sized. Huh, like in heaven, with fried buns dipped with sweer sour sauce. Sorry, I not took picture of fried bun, because my hands have already dirty. I very like mud crab because its meat always plenty and packed, not disappointed like other sea crabs, which their meat influenced with sea tide and moon phase. Plus, eat the claws that very big, huh, it a sensation, hehehe...

Make more fun, to break the crabs' shell, need to use hammer. Fun... The crabs price was cheaper that other place around Klang Valley, with this time, it cost about RM54.00 per kilograms (more expensive than before, basiclly I got around RM40.00 to RM50.00 per kilogra, depand season).


After an hour, our stomach already fulled. All meals were finished except for the crabs, there were still half meals, then we asked for take away. Want to eat more, but can not be pushed more... Huhuhu...

I asked for the bill for payment, and the receipt as above. There was RM107.00 be victimised... Hehehe... If at other place, there will more to pay. Satisfction in eating is the most importance. 


At last, we back to home after done. We recommend to come here. Very satisfied. For your information, this restaurant is pork free restaurant. Because of I often came here since I was little, so there no problem for me. When we came, there a lot of Malay Muslim ate here. Furthermore, this restaurant only served seafood and venison (halal slaughtered) (as we came, venison already finished). Maybe this restaurant served beer, so there no halal recognition (just like most hotel in Malaysia).


At this visit, I give (full mark is five (äääää)): 
1. Food: ääää; 
2. Surrounding: äää 1/2;
3. Service: äää 1/2;
4. Price: ääää1/4;
5. Overall: ääää.

Have a nice meal. Assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh.


Untuk membaca artikel ini dalam Bahasa Melayu, klik di sini.