Wednesday, June 4, 2014

25 Mei 2014 - Restoran Al Tasneem, North Bidge Road, Singapura (Hadapan Masjid Sultan) - Tulang Merah.

To read this article in English, click here



25 Mei 2014 (Ahad)

Restoran Al Taneem
709 North Bridge Road
SINGAPURA 198681

Pada jam 1515H (3:15 petang waktu Singapura),saya sampa di pelabuhan feri HarbourFront, Singapura setelah usai kembara saya di Batam. Saya rehat sebentar di pusat membeli belah HarbourFront Centre untuk memeikirkan apa perlu dilakukan keana pintu pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura untuk penerbangan saya dengan TigerAir TR468, hanya akan dibuka pada 2105 (9:05 malam). Masih ada lebih 5 jam lagi.


Maka saya teringat yang saya belum berkesempatan untuk merasai Tulang Merah pada kunjungan saya di Singapura pada 08 Mac 2014 lepas. Jesteru itu, saua terus mengambil keputusan untuk ke Kampung Glam untuk menunaikan hajat itu. Oleh itum saya perlu mengambil MRT di Stesen MRT HarbourFront untuk ke Stesen MRT Bugis iaitu stesen MRT terdekat dengan Kampung Glam. Saya perlu transit dari laluat Baratdaya (Northeast) yang berwarna ungu ke laluan Timur Barat (East West) yang berwarna hijau di Stesen MRT Outram Park.

Saya tiba Stesen MRT Bugis dan mengambil pintu keluar B untuk ke Raffles Hospital di Victoria Street. Selepas melewati pusat membeli belah Golden Landmark, saya belok ke kanan di Arab Street untuk ke North Bridge Road pula dan apabila sampai di persimpangan lampu isyarat Arab Street dan North Bridge Road saya belok ke kiri. Di sini, kita akan jumpa restoran Zam-zam dahulu, kemudian restoran Victory dan di hujung barisan kedai ini saya sampai ke destinasi iaitu Restoran Al-Tasneem.



Restoran ini sebenarnya berhadapan dengan mihrab Masjid Sultan, Kampung Glam, Singapura dan berdekatan dengan pintu 8 dan 1 Masjid Sultan ini. Sampai di sana, lebih kurang jam 1625 (4:25 petang) maka saya terus menanyakan, tulang merah ada dijual. Towkey restauran berkata ya, alhamdulillah, maka saya memesan Tulang Merah kecil 1 pinggan, teh ais 1 gelas dan ais kosong 1 gelas.



Lebih kurang 2 minit, minuman saya pun sampai, dan serentak dengan itu, azan Asar pun berkumandang. Ingatkan saya mahu juga berjemaah, namun baru saya teringat yang saya belum bersolat Zohor, lagipun saya telah berniat untuk menunaikan solat jamak ta'khir ketika di atas feri dari Batam Centre ke HarbourFront tadi.



Akhirnya pada jam 1635 (4:35 petang), hidangan yang dinanti-nantikan sudah tiba... TULANG MERAH... Merahnya menyala... Tapi jangan terpedaya... Ia tidak pedas...

Tulang Merah ini merupakan tulang kambing yang dimasak rempah khas. Ia merupakan masakan istimewa di Singapura dan hanya didapati di restoran-restoran mamak (India Muslim) tertentu di Singapura khususnya di kawasan Kampung Glam/Arab Street atau Little India/Kandang Kerbau. Ada yang mengatakan medan selera di kawasan pusat membeli belah Golden Mile (tidak jauh dengan Kampung Glam, berdekatan dengan Stesen MRT Nicoll Highway pun antara yang terbaik, mungkin pada masa akan datang akan saya rasai, insya Allah. Di Johor Bahru juga ada terutama di kawasan Sentral/Meldrum tapi tidak dapat menandingi di Singapura.



Dalam hidangan saya iaitu Tulang Merah kecil, terdapat lima ketul tulang tulang keting kambing yang masih mempunyai sum-sum, urat tunjang dan sedikit daging padanya. Kuahnya amat istimewa. Ia didatangkan dengan roti untuk dicicah kuahnya. Saya tidak sangka kuahnya amat banyak. Terkejut juga saya, semasa menerima hidangan ini, boleh kah saya menghabiskannya. Nak tak nak, perlu juga dihabiskan kerana saya menaiki kapal terbang nanti, lainlah jika saya menaiki bas atau berkenderaan sendiri.


Keenakannya perrrkhhh, tidak ingat dunia... Lalu saya berselfie seperti di bawah...


MAKANNNNN TOOOLAAAAANNGGG!!! HAAUUMMMM!!!


Akhirnya setelah lebih kurang 45 minit, barulah saya selesai memakan makanan ini. Alhamdulillah. Sungguh nikmat. Insya Allah akan saya datang lagi ke sini.

Sebanyak SG$11.20 (+-RM29.12) telah dimangsakan pada kunjungan kali ini, alhamdulillah... Walaupun pada nilai RM ia agak mahal, namun ia berbaloi... Insya Allah akan berkunjung ke sini atau ke restoran lain untuk menikmatinya lagi atau sup tulang kambing... Nyum nyummm...

Selepas itu saya ke Masjid Sultan untuk menunaikan kewajipan saya yang belum tertunai.



Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah penuh adalah lima (äääää)): 
1. Makanan: ääää; 
2. Persekitaran: ää1/2;
3. Perkhidmatan: ää1/2;
4. Harga: ää 1/4;
5. Keseluruhan: äää.


To read this article in English, click here.

No comments:

Post a Comment