To read this article in English, click here.
Kuala Lumpur
To read this article in English, click here.
28 Mei 2014 (Rabu)
Warung Sinarnor
Jalan Dua, Sungai BesiKuala Lumpur
Pada pagi hari ini, saya terasa nak makan makanan lama yang saya sudah lama tidak makan. Jadi saya menunggang skuter saya menuju ke Jalan Sungai Besi dari arah bulatan Sungai Besi. Seterusnya saya menunggang sehingga bertemu dengan kompleks Southgate di sebelah kiri saya dan saya membelok ke kiri memasuki Jalan Dua.
Meneruskan perjalanan kira-kira 300 meter dan berjumpa dengan sebuah warung di sebelah kiri. Warung ini bernama Warong Sinarnor. Sebenarnya warung ini menjual pelbagai jenis sarapan seperti nasi lemak dan lontong. Namun untuk nukilan saya kali ini, saya memilih soto.
Insya Allah pada masa akan datang akan saya berikan paparan untuk nasi lemak dan lontongnya yang juga agak sedap. Insya Allah.
Apa yang menarik soto di sini adalah sotonya menggunakan ayam pencen sebagai perencah utama. Selain ayam pencen carik yang menjadi bumbunya yang utama,kita juga boleh meminta bahagian-bahagian ayam pencen lain seperti pedal, hati, telur ayam pencen dan kaki ayam pencen. Bahagian-bahagian ini sememangnya lain dari bahagian ayam biasa dan sememangnya lebih sedap.
Ditambah pula dengan bergedel, perkhh memang sentiasa teringat bila tidak merasa makanan ini. Supnya pula, memang kena dengan segalanya. Boleh pilih untuk makan dengan nasi himpit, mee kuning, bihun atau kuay teow.
Dengan minuman yang dijual khas di kaunter soto, air barli, akan melegakan. Sudu demi sudu dimasukan ke dalam mulut. Terasa dunia ini saya yang punya, alhamdulillah.
Lihat, sampai licin saya makan. Jumlah keseluruhan sarapan saya kali ini adalah RM7.50 di mana air barli RM1.50 dan soto bersama bergedel dan campuran pedal, telur dan kaki ayam pencen RM6.00.
Sebenarnya harga soto tanpa bergedel dan bahagian-bahagian ayam pencen iaitu soto biasa adalah RM3.00 sahaja. Berbaloikan. Datanglah ke Warong Sinarnor untuk menikmati soto ini.
Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah penuh adalah lima (äääää)):
1. Makanan: ääää;
2. Persekitaran: ää1/2;
3. Perkhidmatan: ää;
4. Harga: äää 1/4;
5. Keseluruhan: äää3/4 .
To read this article in English, click here.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteEntri kali ini cukup perisanya.saya juga peminat soto dan kebiasaanya apabila saya pulang ke kampung dalam beberapa hari, saya akan mencari warung2 sebegini dan semestinya saya akan memesan soto sebagai juadah sarapan saya.bagi saya selain keenakkan soto, sambal kicapnya kena betul2 power baru saya berselera!
Waalaikumsalam...
DeleteTerima kasih atas sokongan yang diberikan... Insya Allah akan diberikan entri yang selanjutnya selepas ini...
Boleh saya tau saudara/i sekarang berada di mana? Seperti duduk di luar negara sahaja...