Tuesday, June 17, 2014

17 Jun 2014 - Yong Tau Foo Kg Pandan, KL - Yong Tau Foo.

To read this article in English, click here.



17 Jun 2014 (Selasa)

Yong Tau Foo Kg Pandan
Jalan Thaver, Kg Pandan
Kuala Lumpur 

Waktu di jam tangan saya menunjukan pukul 12:15 tengahari. Saya dan isteri baru sahaja keluar dari bangunan Hospital Ampang selepas isteri saya menjalani pemeriksaan kerana keguguran. Perut terasa lapar kerana sudah tiba tengahari dan pada pagi tadinya hanya makan sikit sahaja.


Kami berbincang, hendak makan apa untuk tengahari ini. Banyak juga cadangan keluar, tiba-tiba terkeluar hendak makan Yong Tau Foo Kg Pandan. Maklumlah dah lama tidak makan. Lagipun kiranya dalam perjalanan pulang ke rumah, walaupun perlu keluar sedikit di jalan utama iaitu MRR2.


Memandangkan Lebuhraya Besraya Tambahan telah dibuka dan ia terletak berdekatan dengan Hospital Ampang ini, maka ia menyingkatkan lagi perjalanan kami kerana tidak perlu menempuh banyak lampu isyarat.


Dalam masa 20 minit (maklumlah kali ini kami menaiki motor kapcai Kriss 100 kami, jadi kurang sikit daya memecut), sampailah kami di destinasi makan tengahari kami, Yong Tau Foo Kg Pandan, yang terletak di Jalan Thaver, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, ya Kuala Lumpur bukan Selangor. Restoran ini terletak tidak berapa jauh dari Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan, dan terletak selepanya jika bergerak dari MRR2 atau Kg Pandan sebelah Selangor. Kalau dari MRR2, ambil susur keluar selepas Tecso Ampang dan kemudian belok kiri (jika ambil lorong kanan, akan membuat pusingan U di MRR2 menuju kembali ke selatan).


Ketika kami sampai, orang sudah ramai beratur. Memang restoran ini popular, malah pernah masuk ke dalam pelbagai rancangan makan-makan di televisyen seperti Jalan-jalan Cari Makan di TV3.

Lama juga menunggu untuk mengambil bahan-bahan yong tau foo. Akhirnya lepas 10 minit, tiba giliran saya untuk mengambil bahan-bahan yong tau foo. Banyak pilihan, agak rambang mata. Tapi kalau makan ikut nafsu memang semua hendak ambil. Saya ambil beberapa jenis untuk berkongsi.


Selain yong tau foo, terdapat juga makanan lain, antaranya mee rebus, mee/bihun sup dan beberapa jenis lagi. Namun kali ini, kami memberikan tumpuan terhadap yong tau foo sahaja.


Minuman untuk diminum memang banyak jenis, yang biasa ada, jus buah ada malah yang luar biasa seperti gambar di bawah ini pun ada.


Restoran ini dibuka dari hari Sabtu hingga Khamis dari jam 11:00 pagi ke jam 21:00 (9:00 malam). Hari Jumaat kalau datang ke restoran ini, maaflah, ia ditutup...


Hah, akhirnya tidak sabar saya nak makan. Inilah mangsa kami (sebenarnya lebih kepada saya, kerana isteri saya teringin tetapi tak banyak dia makan, mungkin kerana dia sedang berpantang (kerana keguguran) dan tiada selera. Dia kata suka tengok saya makan. BIAR BETIK!!!


Saya ambil 2 gulung kuay teow bercampur kuah kicap khas yong tau foo untuk dijadikan chee cheong fun... Nyum nyum...


Untuk yong tau foo pulak, walaupun kata sikit kata ambil bahan-bahan, bila dihidangkan, nampak banyak, huhuhu. Saya pilih yong tau foo cara bersup (kalau pakar yong tau foo kata ini yong tau foo cara Kantonis). Boleh juga yong tau foo kering iaitu yang dicampur terus dengan sos kuah kicap khas dan sos cili (cara Teow Chew) yang biasa orang Melayu makan. Juga boleh di minta sup disediakan dalam mangkuk lain, tiada masalah. Memang kedai ini pakar dalam yong tau foo. Saya memang makan cara bersup, kerana saya membesar di persekitaran kaum cina Kantonis, hehehe... 

Alhamdulillah, kenyang juga. Lupa nak beritahu, harga setiap hidangan akan ditulis di hujung pinggan (saya lupa nak ambil gambarnya). Bila hendak bayar, bagitahu sahaja berapa jumlahnya. Jumlah hidangan saya adalah sebanyak RM11.80 di mana yong tau foo + chee cheong fun sebanyak RM10.50 dan minuman (air barli suam dan air suam) sebanyak RM1.30 sahaja. Berpatutan kan, bagi saya lebih murah dari beli yong tau foo di pasar malam.

(Semuanya ok, cuma bagi saya, saya kurang gemar sos cilinya sahaja, kurang sedap sikit).

Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)): 
1. Makanan: ääää; 
2. Persekitaran: äää;
3. Perkhidmatan: äää1/2;
4. Harga: äää ä;
5. Keseluruhan: äää3/4.

To read this article in English, click here.

No comments:

Post a Comment