To read this article in English, click here.
To read this article in English, click here.
18 Julai 2014 (Jumaat)
Restoran Makanan Laut Jeti
No T26, Jalan Pasir Penambang
Kuala Selangor
Selangor
Pada petang ini, saya dan keluarga ke rumah ibu mertua saya di Sungai Panjang, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, untuk menziarahi beliau dan suami sebelum kami berhari raya di kampung saya di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Hari raya nanti memang tak sempat hendak beraya di sana. Insya Allah akan beraya pada beberapa hari selepas itu.
Pada petang ini, saya dan keluarga ke rumah ibu mertua saya di Sungai Panjang, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, untuk menziarahi beliau dan suami sebelum kami berhari raya di kampung saya di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Hari raya nanti memang tak sempat hendak beraya di sana. Insya Allah akan beraya pada beberapa hari selepas itu.
Memandangkan pada hari tersebut merupakan hari ke-20 Ramadhan 1435, dan apabila sampai di Kuala Selangor pada pukul 6:45 petang (saya bergerak dari rumah pada pukul 6:00 petang selepas anak saya kembali dari sekolah agama). Jadi oleh kerana sudah hendak waktu berbuka, maka saya mengambil keputusan untuk berbuka di sini. Nak rasa kerana dua minggu lepas sudah merasai jirannya Restoran Makanan Laut River View.
Hendak ke restoran ini mudah je. Lepas jambatan Kuala Selangor, teruskan jalan sampai simpang ke pekan Pasir Penambang iaitu simpang berlampu isyarat selepas stesen minyak Caltex, kira-kira 2 km selepas jambatan. Selepas itu belok kiri dan belok kiri lagi. Pada jalan tersebut, teruskan jalan dan akan berjumpa dengan restoran ini di hujung jalan. Memang bersebelahan dengan Restoran Makanan Laut River View.
Gambar diambil dari Restoran Makanan Laut River View.
Di restoran ini juga terjual perkhidmatan bot untuk aktiviti perlancongan seperti di atas ini. Jadi jika sebelum makan atau selepas makan kalau hendak menjalani aktiviti tersebut boleh je.
Kemudahan dan susun atur restoran ini juga agak baik dan kemas. Kain bertukar setiap kali pelanggan bersilih ganti.
Tandas pun bersih dan cantik... Ini saya ambil tempat basuh tangan. Cuma di restoran ini tiada kemudahan WiFi atau semasa saya pergi tidak disediakan. Saya menggunakan WiFi Restoran River View.
Sambil menunggu makanan sampai, saya ambil beberapa gambar permandangan kuala Sungai Selangor pada waktu senja. Tenang rasa hati.
Jambatan Kuala Selangor dari restoran.
Bukit Melawati dari restoran.
Saya memesan makanan pada pukul 7:10 malam, nampak saya macam kena tunggu lama pasal azan Maghrib pada pukul 7:22 malam. Jadi saya belikan juga kerepek udang dan kerepek keladi (yam) yang bersaiz agak besar yang berharga 5 peket RM6.00. Kira 1 peket RM1.20. Kira murah kerana biasanya kerepek ni di pasaraya dijual RM3.00 - RM4.00 sepeket.
Jadi kami berbuka dengan air teh cina (memang kami sentiasa memesan teh cina, kenalah makanan cina dengan teh cina, lagipun free flow maa...) dan kerepek-kerepek tadi. Kerepek udang saya berikan äää1/2 dan kerepek ubi saya berikan ääää1/2. Teh cina pula äää1/2.
Tapi selang 2 minit selepas azan, makanan pertama kami sampai iaitu:
Tauhu Telur Jepun Sizzling.
Ia sekali sampai dengan nasi ye... Kami juga tanpa perlu memesan, disediakan sekali condiment wajib kami jika makan makanan cina iaitu cili padi dan bawang putih yang akan dibanjirkan dengan kicap cair masih... Sedap... Untuk Tauhu Telur Jepun Sizzling saya berikan äää1/2.
Selang beberapa saat, sampai pula Udang Laut Goreng Nestum. Maaf gambar ini diambil selepas beberapa ekor telah dirembat dengan cepat oleh anak-anak saya, huhuhu. Untuk Udang Laut Goreng Nestum, ääää.
Hidangan utama Ketam Nipah Masak Manis Masam. Rasa ok äää1/2 pasal terasa masam sikit (mungkin pasal ada hirisan tomato segar di samping penggunaan sos tomato). Tapi pasal ketam nipah, teruskan, isinya agak tebal. Macam biasa makan ketam nipah tidak mengecewakan berbanding ketam bunga atau harimau.
Tambahan, rasa macam tidak puas, saya pesan pula sayur Pucuk Keledek Goreng Bawang Putih (macam tahu-tahu harga di sini murah). Maklumlah setelah berpuasa, selera pun besar juga. Saya ääää1/2 bagi untuk hidangan ini.
Pada masa sama saya pesan benda yang jarang makan, Udang Mantis Goreng Tepung. Ada yang panggil udang mantis ini udang lipan. Kalau saya sendiri, tak reti nak masak, kalau masak, masa kopek macam dapat sikit je. Jadi saya nak rasa pakar yang memasak udang ini. Boleh minta lagi, sedap, lebih sedap dari udang atau sotong. Yang penting tak perlu kopek lagi pasal dah siap kopek. Saya beri ääää3/5.
Cheh, puasa punya pasal, saya lupa, kalau pesan hidangan berkuah macam Ketam Nipah Masak Manis Masam perlu minta Man Tao atau Roti Goreng. Tak apa, ada lagi kuah, jadi pesan juga. Ambil kau, tunggu lama sikit pasal Man Tao ini dibuat segar, bila pesan baru uli, bentuk dan goreng. Man Tao terbaik pernah rasa, ääää1/2 untuknya.
Kesan mangsaan buat kali ini.
Memang berbaloi makan di sini. Mulanya saya ingat kena bayar RM150 lebih, rupanya tidak sampai RM100.
Memang akan ke sini lagi lah atau jirannya, tapi. Rasa baik lagi River View untuk hidangan utama, tapi hidangan sampingan macam sayur dan udang mantis, Restoran Jeti ini lebih baik.
Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)):
1. Makanan: ääää;
2. Persekitaran: äää4/5;
3. Perkhidmatan: äää1/2;
4. Harga: äää ä1/4;
5. Keseluruhan: äää9/10.
To read this article in English, click here.
Emm.. Nampak menyelerakan Dan pilihan lauk yang tak pelbagai kena datang sini nih.. Tapi ni restoren cina kan? Ok ker?
ReplyDelete