To read this article in English, click here.
To read this article in English, click here.
27 Jun 2014 (Jumaat)
No. 1, Jalan Besar
Pasir Penambang
Kuala Selangor
Selangor
Semasa hendak pulang ke kampung mak mertua di Sungai Panjang, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, saya yang masih tidak berapa sihat dan memang kurang makan sejak pagi lagi, mulai merasa lapar. Rasa lapar itu datang ketika saya mulai hendak masuk ke Lebuhraya E25 LATAR. Terus saya cadangkan isteri saya yang kami hendak merasa makanan laut di Pasir Penambang, selepas jambatan Kuala Selangor. Dia pun setuju.
Jam menunjukan pukul 1830 (6:30 petang) apa bila sampai di sini. Cuma ambil kiri pada simpang lampu isyarat kedua (yang pertama di Giant Kuala Selangor) selepas jambatan iaitu selepas stesen minyak Caltex. Kemudian ambil kiri lagi apabila masuk simpang seterusnya (tak sampai 100 meter dari simpang lampu isyarat tadi). Kemudian terus ke hujung jalan melalui pekan kecil Pasir Penambang (boleh kata pekan Cina juga la), akan nampak 2 buah restoran besar, salah satunya adalah Restoran Makanan Laut River View. Satu lagi iaitu Restoran Jeti akan saya liputi satu masa nanti, insya Allah.
Masa operasi bagi restauran ini adalah seperti di bawah. Jadi ia dibuka lebih lama, tidak seperti Restoran Kang Guan di Pulau Carey, hanya dibuka pada waktu makan tengahari dan malam sahaja.
Isnin hingga Sabtu : 11:00 pagi hingga 23:00 (11:00 malam)
Ahad dan Cuti Am : 11:00 pagi hingga 22:00 (10:00 malam).
Ada juga nombor telefon untuk menempah atau pertanyaan (sila rujuk dua gambar di bawah).
Restoran ini adalah bebas babi dan hanya menghidangkan makanan laut sahaja, ayam dan daging lembu yang ada di dalam menu merupakan dari daging yang halal. Cuma ditawarkan juga agak seperti bir sahaja. Itu sebab tiada persijilan dan logo halal di restoran ini.
Ada perkhidmatan WiFi percuma. Kata laluan perkhidmatannya dipapar di hadapan kaunter juruwang (tidak perlu saya tayangkan di sini, datang sendiri dan ambil, hehehe). Jadi sambil menunggu boleh la layari internet atau mengemaskini status Facebook, Twitter, WhatsApp atau lain-lain media sosial, atau muat naik ke Instagram ke dengan tanpa bayaran kecuali bayaran makanan la.
Permandangan di restoran ini juga amat cantik dan menarik, walaupun pada ketika kami datang, jerubu sedang melanda di Semenanjung Malaysia. Kami datang pun pada waktu petang, nampak juga keadaan perkampungan air di Pasir Penambang, sebahagian pekan lama Kuala Selangor, jambatan Kuala Selangor, suasana sekitar kawasan muara Sungai Selangor dan aktiviti di Sungai Selangor. Tenang rasanya. Rasa nak duduk lama di sini.
Keadaan restoran juga agak bersih dan ceria, walaupun dah lebih 7 jam beroperasi. Semasa kami datang, pelanggan tetap ada walaupun tidak ramai. Tidak jauh dari meja kami, terdapat expatriat dari Jepun (mungkin dari Kedutaan, kerana terdapat kereta berplet 09-DC iaitu diplomat Jepun) sedang menikmati juadah. Juga terdapat beberapa pelanggan Melayu/Islam sedang menikmati makanan mereka.
Menu diberikan sejurus kami sampai. Perkhidmatan memang begitu baik oleh pelayan yang terdiri dari rakyat asing, mungkin dari Myanmar, dari amatan paras rupa (dan memang tidak syak lagi apabila mereka bercakap sesama sendiri, saya terdengar ia Bahasa Burma/Myanmar), dan yang penting, mereka fasih berbahasa Melayu.
Saya memesan makanan kebiasaan saya jika ke restoran makanan laut cara cina iaitu:
- Ketam Nipah Masak Masam Manis (di sini dibolehkan untuk memesan 1/2 kilo ketam, jadi saya pesan 1/2 kilo);
- Roti Goreng Cina River View;
- Udang Laut Goreng Mentega (saiz dalam XL ke XL) (pesan ni kerana di sini tida goreng Nestum);
- Tauhu Jepun Sizzling; dan
- seperti biasa di restoran Cina, minuman teh cina seteko (agak banyak juga, ini pertama kali kami tidak menambah air panas ke dalam teko kami).
Dalam masa 5 minit, hidangan pertama kami sampai dengan nasi, dan minuman berserta cincangan cili api hijau dan bawang putih (kicap cair memang sudah sedia di meja). Kesemua hidangan sampai tidak sampai 15 minit dari masa pesanan. Amat cepat.
Ketam Nipah Masak Masam Manis
Tauhu Jepun Sizzling
Udang Laut Goreng Mentega
Berselera kami sekeluarga makan terutama anak-anak kami asyik minta udang-udang-udang... Ibu bapanya sibuk kerjakan ketam. Memang sedap, terutama tekak saya yang memang meminati masakan cara Cina. Cuma bagi saya rasa masak masam manis ketam itu tidak dapat menandingi Restoran Kang Guan di Pulau Carey. Agak masam, mungkin kerana terlebih tomato. Tauhu sizzling baik sikit. Keseluruhannya boleh datang lagi.
Tempat basuh tangan dan tandasnya bersih tidak seperti tandas di restoran cina di luar bandar. Suasana pun ceria. Eh! Bukan nak duduk sini pun hehehe.
Di samping itu juga, restoran ini juga terdapat perkhidmatan bersiar-siar di Sungai Selangor, ada jeti di tepi restoran.
Bayaran boleh guna kad kredit juga. Tapi untuk RM100 ke atas sahaja. Hidangan saya berapa ek? Lihat bil di bawah:
Huh, tidak sangka amat murah, kira lagi murah dari mana-mana tempat waima restoran makanan laut cara Melayu sekali pun. Memang puas hari.
Boleh kunjung di sini lain kali.
Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)):
1. Makanan: äää1/2;
2. Persekitaran: äää3/4;
3. Perkhidmatan: äää1/2;
4. Harga: äää ä;
5. Keseluruhan: äää3/4.
To read this article in English, click here.
No comments:
Post a Comment