Tuesday, July 1, 2014

26 Jun 2014 - Suki-Ya, Pavilion, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur - Stimbot Cara Jepun.

To read this article in English, click here.


26 Jun 2014 (Khamis)

Suki-Ya
Lot 6.24.04 Tokyo Street
Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur 


Pada hari ini, saya sebenarnya "bercuti hari perjalanan" kerana baru pulang dari Kota Bharu, Kelantan atas urusan kerja pada awal paginya. Kebetulan, pada paginya saya tidak bersarapan pagi. Pada jam 10:00 pagi, semasa saya sedang melayari Facebook di dalam telefon saya, terdapat satu capaian (link) yang menceritakan restoran-restoran yang mempunyai masa beratur yang paling lama untuk masuk di Kuala Lumpur. 

Maksud beratur lama adalah, untuk masuk ke dalam restoran itu, pelanggan baru sampai, perlu beratur, kerana pelanggan sedia di dalam restoran itu masih belum selesai lagi. Maka masih mahu menikmati makanan di restoran itu, maka masih mahu beratur walaupun terpaksa mengunggu lama sehingga beberapa jam.

Maka saya pun segera melayari salah sebuah restoran di dalam artikel tersebut (maaf saya tidak dapat sertakan kerana saya tidak ingat alamat webnya), iaitu Suki-Ya di Pavilion KL. Lagipun saya sudah lama tidak merasa stimbot cara Jepun sama ada Shabu-shabu atau Sukiyaki.


Di dalam websitenya, mengatakan terdapat tawaran buffet stimbot tengahari bernilai hanya RM29.90 sahaja. Apa lagi, tepat jam 11:00 pagi, saya keluar rumah kerana restoran ini hanya akan buka pada jam 11:30 pagi untuk makan tengahari.



Sampai di hadapan Pavilion ini tepat jam 11:30 pagi. Agak lambat kerana mencari parkir motor yang percuma, hehehe... Tidak banyak kosong, namun tetap ada, rezeki tu, Alhamdulillah...



Padanlah macam biasa dengar je restoran Suki-Ya ni, dah ada empat cawangan, hmmm patutlah, ada cawangan di Paradigm Mall, Kelana Jaya. Tempoh hari memang nak makan di sini masa pembukaan Paradigm Mall ni (huh, dah lama tu). Disertakan sekali nombor telefon untuk membuat tempahan. Untuk perhatian, tempahan hanya boleh dibuat melalui telefon sahaja. Emel, WhatsApp, lain-lain media social dan sebagainya tidak dilayan, huhuhu. 

Tapi saya lagi selamba, walk in je. Yang menariknya, semasa saya sampai pada pukul 11:40 pagi, belum ada barisan beratur lagi, alhamdulillah, yahuuu!!!



Maaf, gambar agak kabur sikit (masa ambil tak perasan pula kabur). Nak maklumkan bahawa harga buffet di sini, cheh baru perasan ada ++ belakang harga, dalam web tiada pula. Tidak mengapa, yang penting di bawah tu, daging lembu, kambing dan ayam adalah arus bebas (free flow) (eh, betul kah istilahnya itu? Juga teh hijau Jepun sama ada panas atau sejuk juga arus bebas. Alhamdulillah, saya memang penggemar ocha (teh hijau).


Bukan sahaja hanya ada stimbot, malah ada sushi juga. Boleh lah makan nanti sementara menunggu sup rebusan stimbot ini mendidih. Huh, nikmat juga pasal agak lama juga tidak merasa kegemaran saya ini... Hait!!!



Untuk hidangan utamanya, stimbot. Perlu pilih 2 dari empat sup yang ada. Saya pilih Sukiyaki (sup yang berasaskan kicap manis) dan Kimuchi (sup berasaskan kimchi) yang pertama kali saya rasa. Sebelum ni, pergi restoran Jepun, tiada sup Kimuchi.


Perkhidmatan yang amat efisyen. Cepat, sup dituang, sos pencecah sampai (diberikan sambal belacan ala Thai & kicap Sukiyaki, menyebabkan saya rasa menyesal pilih sup Sukiyaki tadi, huhuhu), daging pun sampai. Nampak, makan seorang tapi makan daging sampai 6 piring (tujuh sebenarnya, saya tambah satu lagi kambing). Tak sempat nak ambil bahan-bahan lain.


Bar ini dipanggil Healthy Bar pasal kebanyakannya bahan berasa sayur, namun ada juga bebola ikan, kepah, bebola daging dan sebagainya.

Beberapa kali juga saya tambah. Pasal halal, walaupun restoran ini tiada logo atau persijilan Halal, namun jangan was-was, barangan makanannya semua diambil dari sumber halal. Yang menyebab tidak halal adalah sebab dijual juga bir dan sake (tidak termasuk dalam pakej buffet).

Dekat sejam setengah juga saya makan. Perut mulai kembung dipenuhi makanan dan paling nikmat, ocha dihirup dah berapa kali gelas entah.


Oleh kerana merasakan perut saya tidak oleh diisi lagi maka saya ke bar ais krim. Saya ambil aiskrim vanila dan coklat yang keluar dari mesin. Kemudian ditaburi dengan kacang tanah, emping jagung, springkling coklat dan nata de coco. Memang nikmat.


Selepas 15 minit saya menikmati ais krim dan memastikan tiada bahan-bahan makanan tertinggal kerana jika ada sisa yang dibazirkan akan didenda 20% dari jumlah bil.

Sebanyak RM34.55 telah menjadi mangsa pada kali ini. Namun ia amat berbaloi. Insya Allah saya akan ke sini lagi atau ke cawangan yang lain. Almaklumlah kena jaga juga tekak Jepun ini. Bagi saya ini antara restoran Jepun termurah yang ada di Kuala Lumpur ini.


Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)): 
1. Makanan: äää1/2; 
2. Persekitaran: ääää1/2;
3. Perkhidmatan: ääää3/4;
4. Harga: äää ä;
5. Keseluruhan: ääää1/4.


To read this article in English, click here.

No comments:

Post a Comment