Wednesday, September 24, 2014

11 Ogos 2014 - Restoran Hokkaido, Jalan Lumut (Kompleks Damai), Kuala Lumpur - Makanan Laut Cara Cina.

To read this article in English, click here.



11 Ogos 2014 (Isnin)

Restoran Hokkaido
No 68, Jalan Lumut
Kompleks Damai
Kuala Lumpur


Niat saya untuk makan di sini sudah lama. Tapi pada hari ini saya merupakan hari terakhir puasa 6 Syawal juga, dan juga esoknya merupakan tarikh hari lahir isteri kesayangan saya. Maka saya nak juga makan besar sempena peristiwa tersebut.

Maka pada jam 6:00 petang, saya, isteri dan anak-anak bergerak dengan kereta ke sini. Almaklumlah gerak waktu petang di bandaraya Kuala Lumpur, jalan pasti sesak. Memang pun dan sampai ke destinasi dekat jam 7:05 petang. Nasib baik ada parking depan Hotel Vistana di bawah jambatan LRT. Untuk pengetahuan, restoran ini betul-betul berhadapan dengan Hotel Vistana Titiwangsa KL dekat dengan Stesen Bas Pekeliling dan LRT/Monorel Titiwangsa.


Restoran ini memang menghidangkan makanan laut dan jika ayam dan daging, ia diambil dari bekalan yang halal. Tiada babi disediakan. Namun kenapa restoran ini tidak dapat sijil halal, kerana ia menyediakan minuman berakohol (bir) untuk pelanggan. Itu sahaja. Tukang masak pun merupakan orang Melayu Islam.


Antara paparan makanan laut segar.


Ambil kau, ada ikan "Jaws" aka ikan yu seekor.


Antara senarai harga. Mahal sikit dari harga Kuala Selangor dan Teluk Panglima Garang.


Suasana restoran ini agak santai dan tenang. Walaupun letak di tengah-tengah bandaraya tapi dengan dekorasi dan susun atur yang menarik. Rasa tenang sahaja. Ruangan terbuka (open air)nya telah dilitupi dengan bumbung lut cahaya dan dihiasi dengan daun-daun, umpama makan di dalam hutan hijau.


Saya pesan makanan dalam pukul 7:10 malam. Masa azan pukul 7:20 malam tu makanan tak sampai lagi kecuali Udang Goreng Mentega. Ada la kacang tanah goreng buat pembuka puasa disamping teh cina. Air tin 100Plus tu anak saya bedal dulu.


Akhirnya pada jam 7:25 malam, sampai la hidangan lain. Disamping tu dapat rasa udang yang lama memanggil-manggil untuk dimakan (saya tunggu dulu agar dapat makan sekali dengan makanan lain.

Gambar semua makanan tu saya ambil setelah semua makanan sampai.

Udang Goreng Mentega ini bagi saya agak kecil dengan hanya 6 ekor sederhana. Asalnya mahu minta Udang Goreng Nestum tapi tiada. Bagi udang ini saya bagi äää je. Tapi bumbunya memang sedap dan manis. Bumbunya ääää.


Ketam Nipah Masak Manis Masam di sini bagi saya boleh lah. Dengan 2 ekor, tak habis juga. Bawak balik rumah (pasal nak kejar solat Maghrib di Balai Islam Pekeliling, takut luput waktu solat). Saya bagi äää je.


Untuk sayur, saya minta Asparagus Gireng Bawang Putih. Sedap juga asparagus ni ye. Kenapa bila saya masak macam tak sedap huhuhu. Saya bagi äää3/4.


Macam biasa, Tauhu Jepun Sizzling. Yang ni kira penyelamat. Saya bagi ääää.


Macam biasa juga air rasmi bila makan di restoran Cina saya minta Teh Cina. Memang kegemaran saya, sesuai di minum dengan makanan Cina, tidak potong rasa, menyihatkan dan paling penting boleh tambah tanpa sebarang caj.


Restoran ini tiada Man Tao (Roti Goreng) tapi ada Roti Kukus. Ia adalah seperti pau tapi tiada inti. Kena pesan biji, maka saya pesan 4 biji. Tapi tak cukup.


Keseluruhannya makanan di sini ok cuma jika bagi pilihan saya lebih suka ke Kuala Selangor atau Kuala Langat. Harga pun mahal sikit. Tapi kalau malas ke sana dan ada duit sini, boleh dipertimbangkan untuk ke sini.

Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)): 
1. Makanan: äää1/2; 
2. Persekitaran: ääää;
3. Perkhidmatan: äää1/2;
4. Harga: ää1/2;
5. Keseluruhan: äää3/4.


To read this article in English, click here.

Tuesday, September 23, 2014

18 Julai 2014 - Restoran Makanan Laut Jeti, Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor - Makanan Laut Cara Cina.

To read this article in English, click here.



18 Julai 2014 (Jumaat)

Restoran Makanan Laut Jeti
No T26, Jalan Pasir Penambang
Kuala Selangor
Selangor

Pada petang ini, saya dan keluarga ke rumah ibu mertua saya di Sungai Panjang, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, untuk menziarahi beliau dan suami sebelum kami berhari raya di kampung saya di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Hari raya nanti memang tak sempat hendak beraya di sana. Insya Allah akan beraya pada beberapa hari selepas itu.


Memandangkan pada hari tersebut merupakan hari ke-20 Ramadhan 1435, dan apabila sampai di Kuala Selangor pada pukul 6:45 petang (saya bergerak dari rumah pada pukul 6:00 petang selepas anak saya kembali dari sekolah agama). Jadi oleh kerana sudah hendak waktu berbuka, maka saya mengambil keputusan untuk berbuka di sini. Nak rasa kerana dua minggu lepas sudah merasai jirannya Restoran Makanan Laut River View.

Hendak ke restoran ini mudah je. Lepas jambatan Kuala Selangor, teruskan jalan sampai simpang ke pekan Pasir Penambang iaitu simpang berlampu isyarat selepas stesen minyak Caltex, kira-kira 2 km selepas jambatan. Selepas itu belok kiri dan belok kiri lagi. Pada jalan tersebut, teruskan jalan dan akan berjumpa dengan restoran ini di hujung jalan. Memang bersebelahan dengan Restoran Makanan Laut River View.



Gambar diambil dari Restoran Makanan Laut River View.


Di restoran ini juga terjual perkhidmatan bot untuk aktiviti perlancongan seperti di atas ini. Jadi jika sebelum makan atau selepas makan kalau hendak menjalani aktiviti tersebut boleh je. 


Kemudahan dan susun atur restoran ini juga agak baik dan kemas. Kain bertukar setiap kali pelanggan bersilih ganti.


Tandas pun bersih dan cantik... Ini saya ambil tempat basuh tangan. Cuma di restoran ini tiada kemudahan WiFi atau semasa saya pergi tidak disediakan. Saya menggunakan WiFi Restoran River View.


Sambil menunggu makanan sampai, saya ambil beberapa gambar permandangan kuala Sungai Selangor pada waktu senja. Tenang rasa hati.


Jambatan Kuala Selangor dari restoran.


Bukit Melawati dari restoran.

Saya memesan makanan pada pukul 7:10 malam, nampak saya macam kena tunggu lama pasal azan Maghrib pada pukul 7:22 malam. Jadi saya belikan juga kerepek udang dan kerepek keladi (yam) yang bersaiz agak besar yang berharga 5 peket RM6.00. Kira 1 peket RM1.20. Kira murah kerana biasanya kerepek ni di pasaraya dijual RM3.00 - RM4.00 sepeket. 


Jadi kami berbuka dengan air teh cina (memang kami sentiasa memesan teh cina, kenalah makanan cina dengan teh cina, lagipun free flow maa...) dan kerepek-kerepek tadi. Kerepek udang saya berikan äää1/2 dan kerepek ubi saya berikan ääää1/2. Teh cina pula äää1/2.

Tapi selang 2 minit selepas azan, makanan pertama kami sampai iaitu:


Tauhu Telur Jepun Sizzling.

Ia sekali sampai dengan nasi ye... Kami juga tanpa perlu memesan, disediakan sekali condiment wajib kami jika makan makanan cina iaitu cili padi dan bawang putih yang akan dibanjirkan dengan kicap cair masih... Sedap... Untuk Tauhu Telur Jepun Sizzling saya berikan äää1/2.



Selang beberapa saat, sampai pula Udang Laut Goreng Nestum. Maaf gambar ini diambil selepas beberapa ekor telah dirembat dengan cepat oleh anak-anak saya, huhuhu. Untuk Udang Laut Goreng Nestum, ääää.


Hidangan utama Ketam Nipah Masak Manis Masam. Rasa ok  äää1/2 pasal terasa masam sikit (mungkin pasal ada hirisan tomato segar di samping penggunaan sos tomato). Tapi pasal ketam nipah, teruskan, isinya agak tebal. Macam biasa makan ketam nipah tidak mengecewakan berbanding ketam bunga atau harimau.


Tambahan, rasa macam tidak puas, saya pesan pula sayur Pucuk Keledek Goreng Bawang Putih (macam tahu-tahu harga di sini murah). Maklumlah setelah berpuasa, selera pun besar juga. Saya  ääää1/2 bagi untuk hidangan ini.


Pada masa sama saya pesan benda yang jarang makan, Udang Mantis Goreng Tepung. Ada yang panggil udang mantis ini udang lipan. Kalau saya sendiri, tak reti nak masak, kalau masak, masa kopek macam dapat sikit je. Jadi saya nak rasa pakar yang memasak udang ini. Boleh minta lagi, sedap, lebih sedap dari udang atau sotong. Yang penting tak perlu kopek lagi pasal dah siap kopek. Saya beri  ääää3/5.


Cheh, puasa punya pasal, saya lupa, kalau pesan hidangan berkuah macam Ketam Nipah Masak Manis Masam perlu minta Man Tao atau Roti Goreng. Tak apa, ada lagi kuah, jadi pesan juga. Ambil kau, tunggu lama sikit pasal Man Tao ini dibuat segar, bila pesan baru uli, bentuk dan goreng. Man Tao terbaik pernah rasa, ääää1/2 untuknya.


Kesan mangsaan buat kali ini.


Memang berbaloi makan di sini. Mulanya saya ingat kena bayar RM150 lebih, rupanya tidak sampai RM100.

Memang akan ke sini lagi lah atau jirannya, tapi. Rasa baik lagi River View untuk hidangan utama, tapi hidangan sampingan macam sayur dan udang mantis, Restoran Jeti ini lebih baik.

Pada kunjungan saya pada kali ini, saya berikan (markah) penuh adalah lima (äääää)): 
1. Makanan: ääää; 
2. Persekitaran: äää4/5;
3. Perkhidmatan: äää1/2;
4. Harga: äää ä1/4;
5. Keseluruhan: äää9/10.


To read this article in English, click here.